Sunday, March 15, 2015



Haiiiii J
Pagi di hotel di Cappadocia. Kau tahu selama aku kat sini menu harian tak kira ah bekpes ke lunch ke dinner ke mesti wajib ada ROTI. Muak katakooooo


Lepas breakfast kita bertolak ke Angkara. Dalam 5 jam ah gak nak sampai sana. Lepas makan tengahari kat Angkara kteorg pergi ke Anatolian Civilisations Museum. Nak tahu sejarah Anatolian Civilisations Museum boleh lah ushar kat SINI






Lepastu kteorg pergi Ataturk Mausoleum. Korang boleh pergi SINI nak tahu sejarah pasal Ataturk ni okay? 









Selesai sudahhhhhh. Nak tahu tak? Kenapa nama blog wa vans hitam putih? Sbb gua sayang gila dgn kasut vans hitam aku. Okat tu je hahha J




Byeeeeee Assalamualaikum J

XOXO





Sunday, March 8, 2015

CAPPADOCIA ( DAY 5 )


Haiiii J


Pernah tengok movie ni? Best kannnnn. Ekceli bila tengok cerita ni teringat Cappadocia ! teringin nak pergi sana lagi nak naik hot air ballon L sebab masa pergi sana hari tu tak dapat nak naik. Sadisssss L L

Pagi di Cappadocia kteorg pergi Underground City Of Kaymakli. Menurut Pem, ada 36 penempatan bawah tanah (underground city) di sekitar Cappadocia, yang paling luas ialah Kaymakli manakala yang paling dalam ialah Derinkuyu. Kaymakli terletak di bawah Bukit Citadel, ia meliputi 8 tingkat bawah tanah dengan lorong masuk yang agak sempit dan mempunyai bilik-bilik untuk tidur, dapur, bilik simpanan dan juga untuk menempatkan kuda-kuda para askar pada zaman itu. Di buka kepada pengunjung pada tahun 1964 tetapi sekadar hingga ke tingkat 4 bawah tanah sahaja. Menurut pakar sejarah, bandar atau penempatan bawah tanah Kaymakli ini boleh menempatkan kira-kira 3500 orang. Bayangkan kawasan bukit & gua dorang boleh buat tempat tinggal. BAYANGKAN. Fuhhh
.
.
orang dulu-dulu buat sambal belacan agaknya kat sini hahahaha k tipu






Tempat ni sempit sebenarnya &&& terpaksa jalan membongkok sebab ruang dia rendah. Bayangkan lagi masa masuk sini pelancong lain ramai & sesak. Orang yang semput & tak larat & berusia tak disyorkan masuk. Kalau masuk jugak pepandai ah korang nak hidup ahahah.

Done. Lepas jalan-jalan sekitar situ, Pem bawak pergi pertunjukkan Dervwish Show. Aku pun tak berapa faham sangat persembahan ni sebenarnya. Yang aku faham setiap pergerakan tu mengambarkan kehidupan ketika masih hidup dan selepasnya kehidupan setelah mati. Mevlana cuba nak ajak org lain, mencintai Allah hence dia buat ceremony like this. It was quite interesting. Setiap dari pergerakan mempunyai maksud tersendiri which aku tak fhm langsung sebenarnya. Nak tengok persembahan tu macam mana korang boleh click SINI

 Lepastu kteorg pergi Jewellery Factory. Jangan tanya ah kat sana ada apa. Emas cantik-cantik, harga pun cantik haha J dari yang murah sampai mahal semua ada. Warna turqois sebenarnya warna fav/rasmi orang Turki. Sbb tu banyak kat kilang tu emas warna turqois.
.
.
gambar depan kilang je la eh? hihi


pemandangan dari restoran kteorg lunch



Lepas makan, kita pergi ke Carpet Factory. Siapa pencinta carpet boleh ahh pergi sini. Tak rugi ! hahaha. Banyakkkk carpet cantik. Kat sini, korang boleh tengok mcm mana dorang buat carpet tu. Handmade katakoooo. Ada 1 carpet ni, orang tu cakap ambil masa 8 tahun nak siap. Beranak berapa kali baru siap carpet tu ! kahkah (ni cerita betul tak tipu k). nahh ushar gambar,
.
.




pekerja buat carpet
    

kemain lagi ayah ehhhhhh

ni ulat apa tah. dijadikan silk. mahal kot kalau buat carpet


Selesaiiiii. Kat Cappadocia masa ni dah nak mula musim panas. Agak berpeluh gak ah dari sebelum-sebelum ni hahah. Tapi takde ah panas macam kat Malaysia ni. Agak ah. Lepas ni ain pergi mana ye? Nak tahu stay tuned okay?

Byeeeee Assalamualaikum J J

XOXO

Sunday, March 1, 2015

PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA ( DAY 4 )


Haiiii J
Post kali ni kita pergi Konyaa & Cappadocia yeayyyy. Ekceli post kali ni tak banyak pun sebab tak banyak tempat kteorg pergi. Yang banyak dekat Cappadocia nanti. Untuk kali ni kita just lalu Konya, pusing-pusing situ dan terus ke Cappadocia.

Okay, dari hotel Pamukkale breakfast & check-out. Sebenarnya kat Pamukkale tu tempat lahir Pam (katanya) . sebab tu malam kat hotel tu dia takde. Parents dia siap jemput dia bawak balik rumah. Almaklumlah jarang jumpa hihi.

Oooookayyyyy jom ke Konya !  memula Pam bawak jenjalan sekitar Pamukkale sebelum ke Konya (tengok dari dalam bas je). Lunch kat sana apa semua lepas tu baru lah gerak ke Cappadocia melalui Konya. Dalam 1 jam 30 minit camtu. Cam dari Melaka nak pergi KL kita singgah lu kat Nogori gittuuuu.

Dah sampai Konya &&&& terus lawat Mevlana Museum & Sultanhani Caravanserai. Kalau korang nak tahu sejarah Mevlana, korang boleh pergi link SINI


.
.



Dalam wadah ni ada janggut Nabi Muhammad, S.A.W


Haaaaa ada la jugak dalam museum ni sehelai rambut Nabi Muhammad S.W.T . memang wangi . serious tawwww. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Okay ni lawak. Masa nak masuk museum tu, tetiba ada group bebudak ni berlari kat abang ain. Ingat abang aku pemain bola MU tu ke? Sape tah nama dia kahkahkah (tak amik tahu sorry). Berebut kot nak amik gambar dgn dia. lol. 


Tak banyak pun sebenarnya nak post kali ni. Hihi . lepas ni nak cerita pasal Cappadocia pulak ! ingat tak movie “ MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA” ? haaaaaa tu la ain pergi ! heeeeee. Seriously best gila kat sana. Tapi ain story next post okay? JANJI J


Byeeeeeeee Assalamualaikum J J


XOXO 

Sunday, February 22, 2015

KUSADASI / PAMUKKALE ( DAY 3 )

Haiiiiii J
Trip seterusnyaaaaa kita ke KUSADASI. Breakfast, check out & kita ke Ephesus yeayyyy ! nak cerita sikit pasal sejarah kat situ. Ephesus adalah Turki sebagai Pompeii adalah Italia. Sebuah monumen spektakuler untuk zaman kuno yang sangat mengesankan, dan benar-benar harus dilihat oleh siapa pun yang mengunjungi bagian dari Turki apakah Anda berlibur belayar.
Efesus adalah perjalanan populer sementara belayar di Turki karena mudah diakses dari pantai. Bawa hanya sedikit cara pedalaman dari kota pesisir Kusadasi -. Efesus awalnya sebuah kota Yunani kuno, kemudian sebuah kota Romawi yang sangat penting. Pada satu titik selama periode Romawi itu adalah salah satu kota terbesar di dunia Mediterania dengan populasi sekitar 250,000 di 1st abad SM.




Kalau korang nak tengok suasana kat situ, korang boleh klik kat SINI

Selesai
…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Lepas lunch & solat, kita gerak ke PAMUKKALE pulakkkk. Kali ni dalam sehari kita lawat 2 negeri. Gittuu.
Pam bawak kteorg pegi “ COTTON CASTLE “ kat Pamukkale. Serious tempat ni best gilaaaaaa!!! Mcm salji kot. Tapi bukan salji kahkah. Nah ushar gambar
.
.


yang belakang tu pehal &&& aku tak tahu siapa yang ambek gambar aku sesenyap nih


Yg sedihnya time ni hujan. Dah ah tempat ni atas bukit, hari hujan, jangan tanya ah sejuk dia mcm manaaaaaaa ! hihi. Sebaik air dalam kolam tu suam. So memang sedap rendam kaki heee . act lepas harungi hujan lebat, sementara tunggu bas nak trip seterusnya ain jumpa orang jual aiskrim. ape lagikkkkk dah sampai Turki mesti ah wajib rasa AISKRIM Turki doh. 

blueberry flav  
Selesai sudah trip kita di Pamukkale. Next post ain nak tunjuk kat KONYA & CAPPADOCIA pulak.  Stay tuned ! J


P/S : masa breakfast di Hotel masa kat Kusadasi jumpa kucing ni. gebu nak mampuih bulu dia. besar pulak tu. comel to the max !



Byeeeee Assalamualikum J J


XOXO

Sunday, February 15, 2015

BURSA - KUSADASI (DAY 2)

Haiiiii
I’m backkkk ! post kali ni ain nak sambung pasal travel kat Turki. BURSA. Emmm cam biasa la pagi sarapan kat hotel then check out. Selama ain kat Turki ni kebanyakkannya setiap negeri ain pergi mesti akan tidur semalaman je. Sbb banyak tempat nak pergi. K lepas check out hotel kat Bursa Pem bawak kteorg pergi melawat Grand Mosque, Green Mosque & Green Mausoleum. Kat Turki ni banyak sangat masjid yg jadi tempat untuk dilawati. Lelawa pulak tu semua. Nak tengok?

 .
.
.
Breakfast 


Grand Mosque


ni kalau kat Malaysia dah kena curi paip tu aku rasa



Selesai.
Lepas lawat tempat tadi kteorg pergi makan, solat then pergi Silk Bazaar. Sorry kat Silk Bazaar tak ada gambar untuk korang :(
                                                                                                                                         
Nak tahu apa yang menyedihkan bila aku ada kat Turki? Makanan semua tak pedassssssss uwaaaaaaaa T___T


 


Selesai.

Trip kita di Bursa sampai sini je. Maknanya? Kita akan ke KUSADASI yeaayyyyyyy . on the way ke Kusadasi Pam bawak kteorg singgah satu kedai manisan ni. Apa nama pun aku lupa muehehehe. Best ah gak sebab macam macam manisan ada. Yang paling best orang tu bagi rasa semua. Semua hape lagiiiiiiii hahaha. Nahh ushar gambar sikit
.
.


Depan kedai 

Next post ain story pasal jalan jalan kat Kusadasi ye ! stay tuned okay gaissss


byeeeeeeeeeeee Assalamualaikum :)

XOXO

Sunday, February 8, 2015

MALAYSIA - ISTANBUL ( DAY 1)

Haiiiiiii 

Okay kali ni ain nak share tempat yang ain pernah pergi. TURKI !!!!! ain pergi tahun lepas masa cuti sem w/ family. Masa ni kat turki tengah musim bunga. Tapi dah nak ke musim panas. Sejuk ah gak dalam 17-20°c . Waktu kat Turki lewat 5 jam dari Malaysia and Bahasa rasmi kat sana pun Bahasa rasmi Turkish.
Okay kali ni ain post mula dari Istanbul dulu okay? Okay. Tiket flight ain pukul 12:30 from KLIA – Istanbul Airport. 10 jam perjalanan katakooooo. So sampai Istanbul dalam pukul 6:30 pagi (waktu turki) so kat Malaysia pukul 11:30pagi camtu.



Eehhhhh lupa nak bagi tahu yg ain travel ni dgn agensi (Andalusia Travel&Tours). Ramai ingat aku travel ni skali dgn umrah. Gila kau lepas umrah nak pergi travel tak ke penat! Better kalau nak buat umrah je. Okay terus ke main point kita. Lepas touch down kat Istanbul KAMI disambut pemandu Pelancong. Nama dia MRS. Pelin. Nama popular dia Pem. So kteorg panggil Pam je. Terus dia bawak kteorg naik bas yg dorang dah sedia. First yg aku perasan dalam bas tu ada WIFI ! sumpah best gila muahahaha. Sooooooo HOLIDAY START bebbbbbbbbbb !
First, Pem bawak kteorg lawat ke Hippodrome, Blue Mosque(Masjid Biru) & Topkapi Palace. Ushar la gambar bawah ni hehehe

Ni bas kami ! haha
Like seriously ramai gila pelancong nak masuk Masjid Biru

Depan Masjid Biru w/ Ohana :)








Banyak lagi gambar sebenarnya. Nanti penuh dengan gambar pulak kat sini ye dok? Hihi. K lepas melawat kat sini Pem terus bawak kteorg pegi lunch kat 1 restoran ni. (gambar restoran tu takada sorryyy L) lepas makan kami ke surau yg terdekat utk solat Zuhur. Cuba teka kteorg pergi mana lepas ni? Haaaaaaa ke Bursa ! naik feri nak ke sana nyahhh. Cam Pulau Pinang- Butterworth gittuuuuu.

Haaaaa macam yg ain cakap, post kali ni ain cerita kat Istanbul dulu. Nak tahu kat mana ain jalan-jalan kat Bursa stay tuned okay ! J


Byeeeeeeeeeee !! Assalamualaikum :)

xoxo