Sunday, March 15, 2015



Haiiiii J
Pagi di hotel di Cappadocia. Kau tahu selama aku kat sini menu harian tak kira ah bekpes ke lunch ke dinner ke mesti wajib ada ROTI. Muak katakooooo


Lepas breakfast kita bertolak ke Angkara. Dalam 5 jam ah gak nak sampai sana. Lepas makan tengahari kat Angkara kteorg pergi ke Anatolian Civilisations Museum. Nak tahu sejarah Anatolian Civilisations Museum boleh lah ushar kat SINI






Lepastu kteorg pergi Ataturk Mausoleum. Korang boleh pergi SINI nak tahu sejarah pasal Ataturk ni okay? 









Selesai sudahhhhhh. Nak tahu tak? Kenapa nama blog wa vans hitam putih? Sbb gua sayang gila dgn kasut vans hitam aku. Okat tu je hahha J




Byeeeeee Assalamualaikum J

XOXO





Sunday, March 8, 2015

CAPPADOCIA ( DAY 5 )


Haiiii J


Pernah tengok movie ni? Best kannnnn. Ekceli bila tengok cerita ni teringat Cappadocia ! teringin nak pergi sana lagi nak naik hot air ballon L sebab masa pergi sana hari tu tak dapat nak naik. Sadisssss L L

Pagi di Cappadocia kteorg pergi Underground City Of Kaymakli. Menurut Pem, ada 36 penempatan bawah tanah (underground city) di sekitar Cappadocia, yang paling luas ialah Kaymakli manakala yang paling dalam ialah Derinkuyu. Kaymakli terletak di bawah Bukit Citadel, ia meliputi 8 tingkat bawah tanah dengan lorong masuk yang agak sempit dan mempunyai bilik-bilik untuk tidur, dapur, bilik simpanan dan juga untuk menempatkan kuda-kuda para askar pada zaman itu. Di buka kepada pengunjung pada tahun 1964 tetapi sekadar hingga ke tingkat 4 bawah tanah sahaja. Menurut pakar sejarah, bandar atau penempatan bawah tanah Kaymakli ini boleh menempatkan kira-kira 3500 orang. Bayangkan kawasan bukit & gua dorang boleh buat tempat tinggal. BAYANGKAN. Fuhhh
.
.
orang dulu-dulu buat sambal belacan agaknya kat sini hahahaha k tipu






Tempat ni sempit sebenarnya &&& terpaksa jalan membongkok sebab ruang dia rendah. Bayangkan lagi masa masuk sini pelancong lain ramai & sesak. Orang yang semput & tak larat & berusia tak disyorkan masuk. Kalau masuk jugak pepandai ah korang nak hidup ahahah.

Done. Lepas jalan-jalan sekitar situ, Pem bawak pergi pertunjukkan Dervwish Show. Aku pun tak berapa faham sangat persembahan ni sebenarnya. Yang aku faham setiap pergerakan tu mengambarkan kehidupan ketika masih hidup dan selepasnya kehidupan setelah mati. Mevlana cuba nak ajak org lain, mencintai Allah hence dia buat ceremony like this. It was quite interesting. Setiap dari pergerakan mempunyai maksud tersendiri which aku tak fhm langsung sebenarnya. Nak tengok persembahan tu macam mana korang boleh click SINI

 Lepastu kteorg pergi Jewellery Factory. Jangan tanya ah kat sana ada apa. Emas cantik-cantik, harga pun cantik haha J dari yang murah sampai mahal semua ada. Warna turqois sebenarnya warna fav/rasmi orang Turki. Sbb tu banyak kat kilang tu emas warna turqois.
.
.
gambar depan kilang je la eh? hihi


pemandangan dari restoran kteorg lunch



Lepas makan, kita pergi ke Carpet Factory. Siapa pencinta carpet boleh ahh pergi sini. Tak rugi ! hahaha. Banyakkkk carpet cantik. Kat sini, korang boleh tengok mcm mana dorang buat carpet tu. Handmade katakoooo. Ada 1 carpet ni, orang tu cakap ambil masa 8 tahun nak siap. Beranak berapa kali baru siap carpet tu ! kahkah (ni cerita betul tak tipu k). nahh ushar gambar,
.
.




pekerja buat carpet
    

kemain lagi ayah ehhhhhh

ni ulat apa tah. dijadikan silk. mahal kot kalau buat carpet


Selesaiiiii. Kat Cappadocia masa ni dah nak mula musim panas. Agak berpeluh gak ah dari sebelum-sebelum ni hahah. Tapi takde ah panas macam kat Malaysia ni. Agak ah. Lepas ni ain pergi mana ye? Nak tahu stay tuned okay?

Byeeeee Assalamualaikum J J

XOXO

Sunday, March 1, 2015

PAMUKKALE / KONYA / CAPPADOCIA ( DAY 4 )


Haiiii J
Post kali ni kita pergi Konyaa & Cappadocia yeayyyy. Ekceli post kali ni tak banyak pun sebab tak banyak tempat kteorg pergi. Yang banyak dekat Cappadocia nanti. Untuk kali ni kita just lalu Konya, pusing-pusing situ dan terus ke Cappadocia.

Okay, dari hotel Pamukkale breakfast & check-out. Sebenarnya kat Pamukkale tu tempat lahir Pam (katanya) . sebab tu malam kat hotel tu dia takde. Parents dia siap jemput dia bawak balik rumah. Almaklumlah jarang jumpa hihi.

Oooookayyyyy jom ke Konya !  memula Pam bawak jenjalan sekitar Pamukkale sebelum ke Konya (tengok dari dalam bas je). Lunch kat sana apa semua lepas tu baru lah gerak ke Cappadocia melalui Konya. Dalam 1 jam 30 minit camtu. Cam dari Melaka nak pergi KL kita singgah lu kat Nogori gittuuuu.

Dah sampai Konya &&&& terus lawat Mevlana Museum & Sultanhani Caravanserai. Kalau korang nak tahu sejarah Mevlana, korang boleh pergi link SINI


.
.



Dalam wadah ni ada janggut Nabi Muhammad, S.A.W


Haaaaa ada la jugak dalam museum ni sehelai rambut Nabi Muhammad S.W.T . memang wangi . serious tawwww. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Okay ni lawak. Masa nak masuk museum tu, tetiba ada group bebudak ni berlari kat abang ain. Ingat abang aku pemain bola MU tu ke? Sape tah nama dia kahkahkah (tak amik tahu sorry). Berebut kot nak amik gambar dgn dia. lol. 


Tak banyak pun sebenarnya nak post kali ni. Hihi . lepas ni nak cerita pasal Cappadocia pulak ! ingat tak movie “ MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA” ? haaaaaa tu la ain pergi ! heeeeee. Seriously best gila kat sana. Tapi ain story next post okay? JANJI J


Byeeeeeeee Assalamualaikum J J


XOXO