Sunday, March 8, 2015

CAPPADOCIA ( DAY 5 )


Haiiii J


Pernah tengok movie ni? Best kannnnn. Ekceli bila tengok cerita ni teringat Cappadocia ! teringin nak pergi sana lagi nak naik hot air ballon L sebab masa pergi sana hari tu tak dapat nak naik. Sadisssss L L

Pagi di Cappadocia kteorg pergi Underground City Of Kaymakli. Menurut Pem, ada 36 penempatan bawah tanah (underground city) di sekitar Cappadocia, yang paling luas ialah Kaymakli manakala yang paling dalam ialah Derinkuyu. Kaymakli terletak di bawah Bukit Citadel, ia meliputi 8 tingkat bawah tanah dengan lorong masuk yang agak sempit dan mempunyai bilik-bilik untuk tidur, dapur, bilik simpanan dan juga untuk menempatkan kuda-kuda para askar pada zaman itu. Di buka kepada pengunjung pada tahun 1964 tetapi sekadar hingga ke tingkat 4 bawah tanah sahaja. Menurut pakar sejarah, bandar atau penempatan bawah tanah Kaymakli ini boleh menempatkan kira-kira 3500 orang. Bayangkan kawasan bukit & gua dorang boleh buat tempat tinggal. BAYANGKAN. Fuhhh
.
.
orang dulu-dulu buat sambal belacan agaknya kat sini hahahaha k tipu






Tempat ni sempit sebenarnya &&& terpaksa jalan membongkok sebab ruang dia rendah. Bayangkan lagi masa masuk sini pelancong lain ramai & sesak. Orang yang semput & tak larat & berusia tak disyorkan masuk. Kalau masuk jugak pepandai ah korang nak hidup ahahah.

Done. Lepas jalan-jalan sekitar situ, Pem bawak pergi pertunjukkan Dervwish Show. Aku pun tak berapa faham sangat persembahan ni sebenarnya. Yang aku faham setiap pergerakan tu mengambarkan kehidupan ketika masih hidup dan selepasnya kehidupan setelah mati. Mevlana cuba nak ajak org lain, mencintai Allah hence dia buat ceremony like this. It was quite interesting. Setiap dari pergerakan mempunyai maksud tersendiri which aku tak fhm langsung sebenarnya. Nak tengok persembahan tu macam mana korang boleh click SINI

 Lepastu kteorg pergi Jewellery Factory. Jangan tanya ah kat sana ada apa. Emas cantik-cantik, harga pun cantik haha J dari yang murah sampai mahal semua ada. Warna turqois sebenarnya warna fav/rasmi orang Turki. Sbb tu banyak kat kilang tu emas warna turqois.
.
.
gambar depan kilang je la eh? hihi


pemandangan dari restoran kteorg lunch



Lepas makan, kita pergi ke Carpet Factory. Siapa pencinta carpet boleh ahh pergi sini. Tak rugi ! hahaha. Banyakkkk carpet cantik. Kat sini, korang boleh tengok mcm mana dorang buat carpet tu. Handmade katakoooo. Ada 1 carpet ni, orang tu cakap ambil masa 8 tahun nak siap. Beranak berapa kali baru siap carpet tu ! kahkah (ni cerita betul tak tipu k). nahh ushar gambar,
.
.




pekerja buat carpet
    

kemain lagi ayah ehhhhhh

ni ulat apa tah. dijadikan silk. mahal kot kalau buat carpet


Selesaiiiii. Kat Cappadocia masa ni dah nak mula musim panas. Agak berpeluh gak ah dari sebelum-sebelum ni hahah. Tapi takde ah panas macam kat Malaysia ni. Agak ah. Lepas ni ain pergi mana ye? Nak tahu stay tuned okay?

Byeeeee Assalamualaikum J J

XOXO

2 comments:

  1. wowww...Cappadocia...bestnya...i hope one day sy dapat pergi...karpet kat situ cantik2 sbb boleh ubah2 warna...ain jauh ke dengan istanbul?

    ReplyDelete